Search This Blog

Saturday 5 September 2015

Parti Pekerja-pekerja Malaysia pernah bertanding di PRU5



KUALA LUMPUR, 5 September:

Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang mendakwa Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) bukan sebuah parti politik adalah salah.

Ini kerana, kata Pengerusi PPM Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, PPM bukan sahaja diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malah pengasasnya, Ganga Nayar pernah bertanding di kawasan Parlimen Sungai Besi dan Dewan Undangan Negeri Sungai Way, pada Pilihan Raya Umum kelima (PRU5).

“Jika kami bukan sebuah parti politik, macam mana kami boleh bertanding? Jadi, Nur Jazlan perlu berfakta bila bercakap,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian
.
Rabu lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, PPM tidak boleh dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (PAN), kerana ia bukan sebuah parti politik, sebaliknya ia adalah sebuah entiti yang memperjuangkan hak pekerja.

Justeru, Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak boleh menggunakan nama PAN sebagai nama rasmi wadah politik mereka, selagi perlembagaan parti pekerja itu tidak dipinda dan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

No comments:

Post a Comment

  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...